...Ayat-ayat Cinta...

" Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan"
~Al-Hajj: 77

Thursday, October 28, 2010

Masa...

Bismillah
ya Allah, akhir-akhir ni sungguh banyak perkara yang bermain-main di fikiran. banyak sungguh perkara yang perlu difikirkan, banyak yang perlu dilakukan. segala-galanya yang berlaku dalam hidup ini seolah-olah lagi tidak teratur.. dari segi amal sehinggalah kepada pelajaran, seolah-olah lagi tidak tersusun.

memikirkan masalah menambahkan lagi kebuntuan dalam fikiran ini. ya Allah, seolah-olah tiada lagi masa yang senggang sekalipun untk memikirkan masalah diri sendiri yang sudah begitu lama tidak diselesaikan.

semoga Allah memberi keberkatan masa dari masa-masa yang tinggal. terlalu bnyk tanggungjawab dari masa yang ada (xingt kata-kata siapa).. yup, itulah yang sye rasa kini. tpi, mgkin sahaja bukan terlalu bnyk perkara yang perlu dibuat pun sehingga xcukup masa, tpi, masalah ni semu berpunca dari masa yang tidak disusn dan diatur dgn baik.

nampaknya, sedikit masa perlu diluangkan aga rsemuanya boleh disusun dgn baik dan tidak terlepas dari melaksanakan mana2 tanggungjawab.

yaAllah, berilah keberkatan masa dari masa2 yang tinggal sebelum aku menghadapMU agar dapat kulaksanakan tanggungjawabku sebaik mungkin dan berilah aku kekutan agar dapat memaksimakan setiapa detik masa yang ada agar aku tidak tergolong dalam golongan yang rugi.. amin..

Wednesday, October 20, 2010

Emosi yang Bermain-main Di Hati~

Bismillah...
rasanya sudah lama tidak menulis... tulisan terakhir sementelah menjejakkan kaki ke Ireland seringkali tersimpan dalam 'draft' dek kerana tanggungjawab yang berjela-jela listnya.. subhanallah, berada di sini sangat mengajar nilai kesabaran, persahabatan, kasih sayang, cinta kepada Allah dan berbgai-bagai lagi..

ujian yang menimpa satu persatu masih belum semua diselesaikan.. jawapan kepada persoalan yang sering bermain-main di benak kepala masih belum terjawab.. Allah, sungguh semuanya mampu mengganggu gerak kerja. mungkin Allah ingin mengajar diri ini untuk sentiasa bijak menyusun masa agar memenuhi salah satu tuntutan dalam muwasaffat tarbiyah..

hari ini, alhamdulillah.. sepanjang hari free.. xde kelas, xde practical.. xde pape.. inilah masanya untuk menyempurnakan sebahagian dari tanggungjwab yang tertangguh. sepatutnya hari ini ada patient visit, tpi patient plak xfree hari ini.. so, terpaksa datang hari lain.

taktala ini, hati dipenuhi ketenangan.. sebhanallah, perkara yang hampir hilang dek kerana fikiran yang serabut. sungguh, ingin sekali lari dari semua ujian yang menimpa, tetapi , malunya hati ini ketika memikirkan, dugaan pada diri sangat-sangat la sedikit dibandingkan para sahabat apatah lagi dugaan Allah kepada kekasih hatiNya dan kekasih hati kita semua;RAsulullah saw
adakah diri ini mempunyai harapan walaupun sekadar untuk menghirup haruman syurga kalau tiada ujian menimpa diri.. bukankah Allah telah berfirman

"adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga , padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan , serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya; 'bilakah datangnya pertolongan Allah ? ' ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat "
2:214

Hebatnya dugaan yang telah menimpa orang beriman terbahulu sehingga mereka bertanya, bilakah pertolongan Allah bakal tiba. dan sungguh, Allah mengtakan pertolongan Allah itu amat dekat..ya , pertolongan Allah amat dekat..

mungkin masanya akan tiba tidak lama lagi. mungkin pertolongan Allah itu telah pun tiba, cuma diri ini sahaja yang tidak menyedari?

ujian yang menimpa menyesakkan dada kerana segala-galanya melibatkan emosi dan mungkin sahaja tersalahnya dalam membuat pilihan hari ini bakal merosakkan kehidupan di akhirat nanti. nau'zubillah...

sungguh diri ini yakin, jawapan itu akan tiba pabila hati ini bersedia untuk menerima, untuk mendengar dan untuk patuh..

sungguhlah, Allah itu amat penyayang lagi maha memahami.. Allah sangat comel.. rasa nak peluk Allah, tapi xboleh.. xpe2, Allah 'hadir' setiap kali solat dan ketika membaca ayat-ayat suci dariNya..

erm... agaknya berapa minit yang masih tinggal untuk kita berbakti kepada agama dan mentaati Allah... agaknya bila diri ini akan dipulangkan kembali kepadaNya?? sudah bersediakah.. jawapan saya, belum, masih banyak tanggungjawab dan 'hutang' yang belum dilangsaikan..malangnya, kematian itu tidak mungkin Allah tangguhkan...
Allah...
berilah hati ini kesedaran , kekuatan dan kelapangan serta petunjuk dari MU~

Friday, August 13, 2010

~Azan, Iqamat dan Talqin itu...

Azan itu...
Iqamat itu..
aku tersedar...
ternyata alam baru telah bermula
derapan langkah semakin hari,semakin laju dan teratur
ku pandang ke hujung sana
Ya Allah, masih jauh perjalanan
simpang siur dan cabang dipenuhi jerat, kukhuatiri bisa menggugat keimanan

dup,dup, dup
jantungku ini berdegup deras
apakah terdapat kepastian dari jalan ini?
bagaimana bisa ku tahu, inilah jalannya?
pendukung2 ilmu, yang haq juga yang batil,
berdiri saling bersilangan

sungguh aku keliru,
siapakah yang bisa dijadikan rujukan?

mahu atau tidak,
bukan lagi menjadi persoalan
jalan diambil beserta tawakkal
semoga aku ketemu destinasi yang diharapkan

ahhh, lupakan aku?
lupakan kita?
lupakah mereka?
quran dan hadith bisa menjadi panduan?
rasulullah saw pernah bersabda,
selagi keduanya menjadi ikutan
nescaya cahaya yang diharapkan pasti menjadi penyuluh jalan kebenaran

Ya Allah,
pimpinlah aku, pimpinlah kami, pimpinlah mereka
kaki ini tidak bisa sentiasa teguh berdiri di persada dugaan
kadangkala tersungkur di pertengahan perjalanan
sambutlah tangan kami Ya Allah.... pimpinlah hati kami Ya Allah....
kasihanilah kami Ya Allah..

teguhkan kembali langkah kami dan tambahkanlah pecutan gerakan langkah kaki
semoga kehadiran kami, menambahkan lagi kekuatan perjuangan ini

temukanlah kami Ya Allah...jalan yang kami mimpi-mimpikan...
semoga kesulitan di hari ini menjanjikan kebahagiaan di masa hadapan
taktala bertemuMu Ya Allah, penguasa sekalian alam

~semoga talqin itu menjanjikan kebahagiaan abadi buat aku, kami dan mereka~






Tegurlah Sahabatmu Andai Kau Benar-benar Mencintainya..

*huhu.. ni tulisan lama yang ditulis kat FB sblum adanya blog.. skrg dag ada blog, copy paste dan letak balik kat sini =)

Jam menunujukkan tepat 1.11 pagi. mata masih belum mengantuk. kesan kopi agaknya ( sejak bila kopi bagi kesan kat mata ni, hu3 ).jari-jemari terasa 'gatal' nak menaip. teringin nak ada blog sendiri agaknya.=) nak buat satu skrg xsesuai sbb tgh periksa IB!

macam manapun, subhanallah, masih terasa gembira kerana diberi peluang oleh Allah utk terus bernafas dan hidup di dunia yang SEKEJAAAAAAAAP ni.

hmm, entah kenapa, terasa mati tu begitu dekat dengan diri akhir2 nie. takot sggh andai kaki tersungkur di pintu neraka. nauzubillah..tapi amalku... T_T

xtau nak tulis apa -_-"
.....................................

haa, ttbe teringat dua ayat dari kalam suci Al-Quran utk dikongsi bersama :

" teman-teman akrab pada hari itu sebahagiaannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang2 yang bertaqwa "
~ az-zukhruf :67

Ya Allah, terkesan sungguh hati dengan kata2 Allah ni.betapa kita telah diperdayakan oleh dunia. teman2 yang kita sayangi barangkali menjadi musuh kita kecuali mereka yang saling mencintai kerana Allah di akhirat kelak, iaitu termasuk mereka yang berpesan2 kearah kebaikan dan bersama-sama mencegah kemungkaran kerana Allah insyaAllah.

cuba kita tgok trend umat zaman skrg. cintakan sahabat, tpi, bila tgok shbat buat silap, xnak langsung tegur. takot katanya. xnak hati kawan terguris. pikir2 balik, hati kwan yg perlu lebih dijaga atau suruhan Allah yang mesti dilaksana?

kalau btollah kita menyayangi sahabt kita, tegorlah mereka dengan penuh kasih sayang andai merasakan bahawa mereka telah melakukan kesilapan. itulah tanda cinta sejati. cinta sejati yang lahir tulus dari hati pasti menginginkan kebahagiaan buat sahabat di dunia dan akhirat nanti.sekiranya kita sedar bahwa shbat kita melakukan kesilapan dan kita hanya sekadar melihat dan membiarkan, tunggulah... di akhirat nnt mereka bakal menyalahkan kita atas kesalahan kita membiarkan mereka dihanyut arus kemaksiatan di dunia pada hari ini!!.

nak ke kita ditarik ke neraka pada saat itu? mampukah kita melepaskan diri kita drpd tuduhan mereka andainya kita memang benar-benar sengaja membiarkan mereka denga alasan ingin menjaga hati kawan2?

owh Allah, berilah kami kekuatan dan kesabaran utk saling berpesan-pesan ke arah kebenaran, dan berpesan2 dgn kesabaran =)

xperlu ada takot dalam hati utk menegakkn kebenaran bila mana kemaksiatan dibangga2kan dan dipertontonkan tanpa segan silu. jika bimbang diri diumpat dan dihina, yakinlah, Allah sentiasa bersama kita. firman Allah :

" dan jika mereka mendustakan kamu (sesudah kamu memberikan peringatan) maka sungguh telah didustakan pula para rasul sebelum kamu. dan hanya kepada Allah lah dikembalikan segala urusan."
~ fathiir: 14

ingtlah saat diri terasa lemah dan takot, Allah ada bersama kita. jika para rasul sanggup diperangi dan ditentang kerana menegakkan kalimah Allah, patotkah ada sekelumit kerisauan dalam hati andai kita sekadar diumpat dan dihina semata-mata kerana hendak menegakkan kalimah Allah. sungguh hanya pada Allah kita akan dikembalikan.ingtlah bahawa MATI ITU ADALAH PASTI. bersedialah sblum terlambat =)

sebelum mengakhiri kata2, nak kongsi satu hadis =) :

" dari abdullah ibnu mas'ud r.a, telah bersabda Rasulullah s.a.w : " sesungguhnya kerusakan pertama yang terjadi pada bani israil, iaitu seseorang jika bertemu kawannya ( yang sedang berbuat maksiat) menegur," hai fulan, takutlah kepada Allah dan hentikan apa yang engkau perbuat, kerana ia tidak halal bagi engkau'. Kemudian esok harinya bertemu lagi (sedang berbuat maksiat yang sama), tapi ia tidak menegurnya, bahkan ia menjadi teman makan, minum dan teman duduknya. maka ketika demikian perbuatan mereka, Allah menutup hati masing2. kemudian Allah berfirman yang ertinya: : " telah dilaknati orang2 kafir bani israil... dan seterusnya."
~ HR AT Tirmidzi dan Abu Dawud

pilihan hari ini ditangan kita bersama, pilihlah kerana keputusannya hanya ada dua di akhirat nanti. syurga @ neraka? semoga kita digolongkan dalam golongan yang berkasih2an kerana Allah dan mendapat naunganNya di saat tiada payung yang dapat memayungi kita di kala matahari cuma sejengkal dari kepala.

sekadar mengingatkan diri yang seriiiiiiing terlupa, juga buat kawan2 yang sudi membaca.
selamat beramal ^_^


Jangan Menghina Kerana Maksiatnya...

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud;
" sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut"
(Riwayat At-Tirmizi)


sebenarnya, berasa diri lebih baik adalah penyakit berbahaya. sifat ini akan menutup hati kita untuk mendapat nasihat dan teguran kearah kebaikan.

kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. namun kebencian kita kerana maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

perbuatan ini hanya akan menjauhkan orang lain daripada agama. sebaliknya, kita harus membuka hati untuk mengasihi mereka dan memberi nasihat dengan ikhlas. kelembutan seringkali mengubah orang lain daripada penghinaan dan kekerasan.

Hafs bin Humaid bertanya imam ibn Mubarak;
aku melihat seseorang membunuh orang lain. bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?"
ibn al-Mubarak menjawab: "perasaan itu lebih berat daripada dosa org itu"

wallahua'alam

*ilmu dipetik dari majalah solusi, isu ke21 (ayoh, ramai2, moh kita beli majalah solusi ^_^ )

Kepada kawan-kawan yang akan fly ke luar negara

Assalamualaikum kawan2 =)

xlama lagi, ramai yg akn fly.sebagai persediaan ke luar negara, macam2 nak kena bawak kan3x..huhu

ni antara barang yang sye dapati sgt2 la penting utk dibawa waktu fly.
dapat tahu nie waktu gi pre-departure proram JOM aritue
jadi, klo bole, nak kongsi ilmu2 ni untuk manfaat bersama ye kawan2 ^_^

list2 barangnya;
kompas

- kompas ni bukan kompas biasa tu, tpi kompas yg menunjukkan arah kiblat. nanti, klo kita nak berjalan2 ke mana2, senang. jadi, pastikan kompas ni sentiasa ada dlm beg ek

pada yg akn ke IRELAND, sila bawa mentol cahaya putih

-kat ireland ni, dgr cite, memanjang je lampu warna kuning, smpai sakit mata dibuatnya. huhu.klo nak beli lampu putih pun sesuatu yg pelik. utk lampu bilik, belilah mentol putih kaki dua, dlm 7-12 watt jek lbey kurang utk jimat tenaga..huhu
-klo utk lampu study plak, belilah mentol putih yg kaki dia pusing2 tuh ( camne nak explain yg nie ek?? harap2nya korg paham la..huhu)

sye ada list mcm mana nak tahu mkanan tu halal atau x..

-so, sesapa nak, sila msg sye kat FB ek.. nanti sye photostatkan.. time nak fly bole bagi.tolong ingt2 kan ek =)

perencah2 makanan, bagi yg mungkin beraya di perantauan =( , sila lah bawak barang mknan bnyk2 ek..huhu

-sgt2 penting lebih2 lagi time nak raya, bawak la nasi impit, kelapa kotak tu ( xpun yg serbuk), perencah2, kiub makanan. bahan mknan kering mcm cili kering dan ikan bilis adalah wajib,hehe..kat sana sgtlah mahal. bawak la gak kiub ayam. kat sana, sgt mudah mencari kiub kerbau, kiub itik, tpi kiub ayam xde...huhu...jadi, jgn lupa bawak kiub ayam bnyk2.hehe

-bawak la kuih sekali ek kawan2, kerepek ke, berkongsi di bulan raya nie, supaya xterasa erindu keluarga dan kawan. insyaAllah ukhwah yg terbina di sana bakal mengubat duka dek berpisah dengan keluarga.


~Paling penting, nak pergi belajar tu, jgn lupa niatkan kerana Allah, semoga setiap perjalanan kita, hatta ke kedai utk membeli ikan bilis bagi dijadikan bekal makanan di perantauan pun dinilai sebgai pahala oleh Allah. senang kan nak dapat pahala =)

Berbahagialah buat mereka yg menuntut ilmu hanya kerana Allah, malaikat akn sentiasa memayungi mereka dengan sayap2nya sehinggalah kita kembali seusai menuntut ilmu.~

SEMOGA BERJAYA ^_^

*harap2, segala kekurangan akan ditambah.sesiapa ada info lebih, tolong tambah2 kat komen ek. tq!!

* hakikatnya banyak nak cerita, misalnya cara berwudhuk dgn air yg sgt sedikit dan bagaimana bewudhuk dgn menggunakan khuf.tpi xtahu mcm mana nak cerita kat sisni. tkot bila ditulis, ada yg salah pham.huhu.. klo nak tahu, msg2 la sye kat FB ek, klo bole sye call,sye call utk explain.

harap dapat membantu =3

Thursday, August 5, 2010

SUBHANALLAH, subhanallah, subhanallah...

Selama nie, nama2 seperti Napoleon, Loon, Snoop Dog dll xpernah sye kenali

erm, artis2 barat nie, memang langsung tidak berminat dengan mereka

video yang ditayangkan, penuh dgn unsur2 lucah

menyakitkan mata2 yang memandang


tpi, tdi, sye sgt2 terkejut apabila mendapati artis2 Hollywood nie sudah pun menerima cahaya ISLAM (menerusi ibuku yang amat berminat dengan perkembangan mereka yang baru menerima cahaya ISLAM)

wajah mereka yang dahulunya 'kotor' telah pun berseri2

sungguh, sye terkesima

langsung tidak percaya!!


SUBHANALLAH, Allah Maha Besar

betapa Allah memberi hidayah kepada sesipa yang dikehendakinya

dan menarik hidayah daripada yang dikehendakinya



jika menurut logik akal

tentu kita tertanya2, apa yang membuka hati mereka

pada pandangan nafsu, hampir segala2nya sudah mereka perolehi

wanita, harta, glamour, segala2nya telah mereka kecapi

Demi Allah, segala-galanya ditolak tepi
Demi Islam, nafsu ammarah ditunduk mati
Jelas sekali Islam agama yang suci
Mampu memenuhi kekosongan hati taktala segala2nya kelihatan sudah berada di dalam genggaman jari!!


malulah umat Islam, jika kita yang sudah dilahirkan dalam keadaan Islam,

namun gagal menjadi lebih hebat dari orang yang baru mengenali Islam dari segi amal dan dakwah

Kita bakal kembali ke pangkuan Allah dengan membawa bekal di sepanjang perjalanan
Membawa buku2 catatan amalan
Terpulanglah pada kita, ingin menerimanya dengan tangan kiri ataupun kanan

~semoga di kehidupan 'sana', kesenangan abadi menjadi milik mereka yang mengorbankan
kesenangan dunia demi kehidupan yang kekal abadi~


"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"
28:56




Wednesday, July 14, 2010

Peristiwa Kapal Mavi Marmara- Secebis Penderitaan Umat Palestin

Masih ingatkah kita pada flotilla mission? atau kisahnya sudah ditenggelamkan dek kehangatan bola sepak dan kegilaan terhadap paul si sotong? ( kerana bola, cakap sotong pun nak percaya -_-" ) sungguh kasihan generasi muda pada hari ini, mensia-siakan waktu melihat perlawanan bola sepak yang langsung tidak memberi sebarang faedah, sedangkan masih banyak kerja perlu dilakukan bagi membela nasib saudara-saudara islam yang diseksa di serata dunia; selatan thailand, afghanistan, palestin dll..

************************************************************************
Lokasi: kapal mavi marmara
Waktu tempatan: 4.30 pagi

Kelihatan orang ramai berpusu pusu ingin menunaikan solat subuh. Belum puas mengadap Allah swt, suatu episode yang mendebarkan baru sahaja bermula. “ya Allah, selamatkanlah, kami diserang ya Allah. Bantulah kami” mungkin ini monolog dalaman para penumpang kapal.

Ingtkah lagi kita bahawa media israel telah melaporkan bahawa serangan ke atas kapal terpaksa diambil kerana mereka diserang terlebih dahulu dengan senjata?

Hakikatnya, barang-barang yang di bawa ke dalam kapal telah diperiksa oleh pihak ketiga dan telah dilihat oleh media antarabangsa sebelum mereka berangkat pergi. Ternyata, tiada sebarang senjata yang dibawa. . Adakah pensil2 tajam yang dijumpai di dalam kapal telah dianggap sebagai senjata, lantas Israel memulakan serangan??

Ternyata israel adalah pengecut! Bagaimana sebuah kapal yang hanya membawa barang-barang keperluan untuk masyarakat palestin telah diekori sebanyak 30 bot laju, 4 buah kapal perang besar, helikopter2, dan dua submarine milik israel!!

Sebaik sahaja tentera israel menjejakkan kaki ke atas kapal, beberapa orang terus dibunuh. Jelas sekali mereka telah dijadikan target sedari awal, bahkan, helaian2 kertas yang mengandungi senarai2 nama dan gambar2 mereka yang telah dijadikan target untuk dibunuh telah ditemui. Akibat serangan kejam tersebut, lebih 50@60 telah cedera, 9 meninggal dunia, 5 MASIH dalam keadaan kritikal dan seorang MASIH lagi koma

Beberapa orang telah didera sebelum dibunuh. Kepala mereka dibungkus dengan plastic hitam, badan ditendang2. 3 peluru tertanam di kepala, dan 4 peluru dilepaskan kearah perut. Malah, peluru telah dilepaskan dengan jarak 45cm. Kekejaman apa lagi yang lebih kejam pada abad ini selain kekejaman israel??

Beberapa orang masih ketika itu masih mampu diselamatkan akibat serangan, namun, lanun-lanun israael enggan memberi sebarang bantuan dan menghantar mereka yang cedera ke hospital atas dakwaan mereka berada dalam perairan antarabangsa! (sedar pun!)

Namun, atas desakan bertalu-talu, akhirnya beberapa orang telah dibawa ke hospital. Ternyata kata-kata Israel langsung tidak boleh dipakai! Seorang aktivis yang cedera ditembak di dada telah dibelah badannya dari atas sehingga ke bawah TANPA BIUS. Hakikatnya, aktivis tersebut langsung tidak dirawat. Apabila aktivis ini tiba di hospital lain, ternyata peluru masih tetanam di dalam dada! Seorang lagi aktivis yang telah tertanam tangannya dengan 12 serpihan peluru juga langsung tidak dirawat setelah tiba di hospital.

Ketika serangan, sesiapa pun tidak dibenarkan berkata-kata, atau senapang akan dihulurkan ke kepala. Selepas kain putih dikibarkan oleh seorang aktivis tanda menyerah kalah, lebih banyak serangan dilakukan. Ternyata, pihak israel tidak berpuas hati kerana mereka hanya berjaya membunuh 9 orang sahaja dengan kecanggihan senjata-senjata yang mereka miliki ( berdasarkan kata2 salah seorang pemimpin israel) ( berapa bnyk dia nak bunuh???)


Sepanjang kapal mavi marmara ditawan, aktivis2 telah diikat dan dihimpit secara beramai-ramai ke dalam satu ruang kapal yang sangat sesak dalam keadaan aircond ditutup. Lebih teruk lagi, kapal dipandu dengan sangat2 perlahan agar para aktivis terseksa dengan lebih lama. Mereka tidak diberi makan, tidak dibenarkan bercakap. Apapun tidak dibenarkan!

Menjelang ishak, barulah mereka tiba ke pelabuhan. Setiap bantuan kemanusiaan sebanyak 15 ribu tan barang keperluan telah dirampas. Bayangkan pula keadaan mereka yang kepenatan dan ketakutan. Di sana,rakyat2 haram israel menjerit-jerit menyokong tindakan tentera2 mereka. Sedikit makanan dan minuman pun tidak diberikan. Subuh keesokannya, barulah para aktivis dibawa ke penjara. Setelah semuanya kelihatan terlalu penat, barulah makanan diberikan.

Seperti biasa, israel tidak mungkin bersikap baik jika tidak mempunyai niat tersembunyi. Ternyata makanan yang diberi mengandungi racun arsenic. ( terbukti melalui darah salah seorang aktivis Indonesia yang di check )

Mereka juga telah dipaksa menandatangani dokumen berbahasa hemru (supaya xde org paham) . rupa2nya surat tersebut memaksa para aktivis mengakui bahawa mereka memasuki palestin secara haram.

Penyeksaan ini hanyalah secebis daripada penyeksaan sebenar ke atas umat islam di palestin. Bayangkan sahaja umat islam disana, tentu sahaj diseksa dgn jauh lebih teruk kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Berbeza dengan para aktivis yg dtg dari pelbagai Negara dan dilindungi oleh kerajaan masing2.

Setiap hari mereka dibedil, dibunuh, dirogol, diseksa dll. Adakah kita hanya ingin diam membisu dan hanya menadah tangan berdoa? Bangunlah, sedarlah, kemampuan kita lebih dari sekadar itu. Boikotlah barang2an mereka. Mungkin ada yg berkata, ‘alah, xkan nak boikot semua, bankrupt la Negara’ ‘lah, sikit je aku amik’ ‘susahla aku nak berhenti merokok’ ‘dah lama xmakan Mc Donald’ ‘sian budak ni, kempunan nak minum milo’

Jika ini dialog2 kita, malulah dengan diri sendiri. Lebih malu lagi dengan Allah. Menahan selera makan dan nafsu kita langsung tidak akn memudaratkan diri, bahkan, jika dilakukan kerana Allah, ganjaran yang sangt besar menanti. Sanggupkan kita menelan setiap tegok milo (contoh) dengan membayangkan saudara kita dibunuh kerana kehendak selera kita??

Menurut yusuf qardhawi ;
Setiap riyal yang disumbangkan kepada Israel pasti dijadikan peluru-peluru untuk membunuh nyawa2 umat islam yang tidak berdosa.

Lupakah kita bahawa pada hari pembalasan, Allah bakal menyoal, ‘ duit kita, ke manakah kita menggunakannya?’,' masa muda kita, ke mana kita habiskan?' tepuk dada, tanya iman.

Umat islam hanya akn selamat jika semuanya kembali kepada islam. Semua umat islam bersatu, lupakan perbezaan politik, warna kulit, bangsa, budaya, dan pertelagahan sesama sendiri kerana harta dan sebagainya. Kita mesti bersatu atas dasar akidah. Jika kepentingan dunia yang diutamakan, ingtlah, xde satu pun yg boleh menemani kita ke dalam kubur melainkan amal.

Rugilah bagi orang-orang yang tersedar hanya setelah nyawa diambil, kerana ketika itu, tiada yg boleh dilakukan lagi.

“ barangsiapa yang tidak mengambil berat akan urusan umat islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka”
Mafhum hadis rasulullah saw.

Bayangkan ketika di padang mahsyar, di saat segalanya huru hara dan kita mencari-cari rasulullah berabad2 abad lamanya bagi mendapatkan syafaat baginda, tiba2 baginda bersabda, engkau tidak layak mendapat syafaatku kerana engkau bukanlah dari golongan umatku. Semasa hayatmu, engkau tidak mempedulikan mereka, dan engkau bukanlah sebahagian dari mereka.(Ini hanya bayangan penulis, wallahua’alam.)

Tetapi, sanggupkah kita mengambil risiko utnuk tidak diterima baginda rasulullah saw? Renung2kanlah. Sudah bersediakah kita untuk hari itu…

*Secebis kisah yang ingin dikongsi bersama selepas pergi ke sebuah ceramah agama yang disampaikan oleh salah seorang aktivis yang menyaksikan peristiwa tersebut. Wallahua’alam.

Monday, July 5, 2010

Harga dirimu, terpeliharakah?

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam komuter seorang diri merupakan pengalaman yang sangat mengujakan. Karenah manusia yang pelbagai membuatkan diri ini tertarik untuk menjadi sang pemerhati yang setia. Saya merenung insan-insan yang berdiri juga yang duduk disekeliling sambil mengamati wajah mereka. Cantik! Senyuman terukir di bibir ini. Sungguh indah anugerah kurniaan Allah kepada insan bergelar wanita. Namun, sayangnya, kecantikan itu seringkali dipamerkan dengan cara yang salah (membuka aurat dll), lantas mengundang pelbagai bencana kepada masyarakat dan yang lebih membimbangkan adalah kemurkaan dari Allah swt!

Muhasabah diri kita. Lihatlah cara kita berpakaian. Adalah bersesuaian dengan garis panduan dalam islam atau kita tergolong dalam golongan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang? Nauzubillah..

Daripada abu hurairah r.a, bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan yang golongan yang kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul, fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak yang sangat perjalanan yang sangat jauh”
(riwayat muslim no. 3971)

Dalam riwayat imam malik, ada sambungan kepada hadis ini iaitu
“... bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan perjalanan”
(al-Muwatta1 no. 1421)

Ya Allah, kalau bau syurga tidak mungkin dapat dihidu, apatah lagi menjejakkan kaki ke dalam syurga Allah swt. Jauh sekali! nauzubillah

Menurut imam nawawi hadis ini ada beberapa makna ( berkenaan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ). Iaitu perempuan yang menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-muntaqa ( syarah al-Muwatta` karangan imam malik ) ditambah pengertian hadis tadi dengan memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk susuk badan.

Rasulullah saw juga menjelaskan bahawa wanita-wanita ini berjalan dengan lenggang lenggok sehingga terpesona mata-mata yang melihat. Hakikatnya, cara berjalan seperti ini adalah sama dengan gaya berjalannya seorang pelacur pada zaman jahiliyah dan tentu sahaja gaya berjalan seperti ini mengundang bencana kepada mata kaum adam yang melihat kecuali mereka yang mampu menundukkan nafsu mereka kepada Allah swt.

Sungguh benarlah sabda rasullullah saw yang bermaksud
“ aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki melainkan para wanita”
(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Lihat sahaja keliling kita, penzinaan berleluasa, sumbang makram, rogol dll semakin menjadi-jadi seolah-olah Allah telah membatalkan firmannya di dalam al-quran untuk menyeksa mereka yang berlaku zalim terhadap diri sendiri!!

Sedangkan Allah sudah berfirman dan firman Allah adalah benar.
“ hai orang-orang yang beriman , peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah swt terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
66:6

Bukan tujuan saya menulis bagi menyalahkan kaum wanita semata-mata atas gejala-gejala sosial yang telah berlaku.Tidak! saya sendiri kaum hawa, tetapi duduk dan berfikirlah sejenak, kaum wanita banyak menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial pada hari ini.

Sedarkah kaum wanita bahawa tindakan mereka membuka aurat yang kononnya bagi mengikut ‘trend’ semasa telah menyusahkan pelbagai pihak. Anak-anak kecil dirogol dan dibunuh, perceraian keluarga, penzinaan,pembunuhan bayi luar nikah dll adalah kerana salahnya kita (yang membuka aurat). Usah menafikan silap kita dalam hal menyumbang kepada masalah ini. Adakah kita sanggup menjawab pertanyaan Allah di mahsyar nanti? Tentu sahaja kita tidak akan terlepas melainkan kita bertaubat dengan taubat nasuha, yakni, dengan mentaati perintah Allah.
Mari kita mengkaji kembali antara perintah-perintah Allah di dalam quran yang bermaksud,

“ wahai nabi (s.a.w), katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ` hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka`. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.”
33:59
*Jilbab adalah pakaian panjang yang menutup seluruh badan, ertinya mengulurkan (melabuhkan) ke seluruh aurat wanita.

Jelaslah melalui firman Allah ini bahawa wanita yang memelihara diri insyaAllah akan terselamat dari gangguan orang-orang yang berpenyakit hatinya. Bukan sahaja begitu, pemeliharaan aurat juga memudahkan orang sekeliling membezakan antara yang kaca mahupun permata.

Firman Allah lagi
“ katakanlah kepada wanita yang beriman: `hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami..........................atau anak-anak yang belum mengenal erti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman”
24:30
(sila rujuk pada kalamullah untuk mendapatkan keseluruhan ayat)

Disini, Allah telah memberikan kita garis panduan agar dapat menutup aurat kecuali kepada golongan tertentu agar kita kekal terpelihara dari gangguan mereka yang ada penyakit di hatinya. Betapa cinta dan kasihnya Allah kepada kita, hamba yang hina ini.

Jika kita merasakan golongan diraja yang hidup dengan protokol adalah sebagai tanda `kemuliaan` mereka, apatah lagi jika kita hidup berdasarkan panduan-panduan yang diperintahkan allah, itulah tanda `kemuliaan` kaum wanita. Bezanya, perintah dan `protokol` yang allah berikan adalah mudah kerana semuanya bersesuaian dengan fitrah kita sebagai manusia. Bahkan, bukan sahaja memudahkan, malah ganjaran syurga sedang menanti bagi mereka yang Allah sayangi ( yakni orang yang juga mencintai Allah dan mentaati perintah Allah) banyaknya peraturan untuk kita adalah kerana cintanya Allah yang mengetahui segala-galanya daripada kita. Usahlah mengingkari perintah Allah dan menyindir firman Allah ejekan-ejekan seperti nampak kuno lah, panas lah, selekeh lah seolah-olah ilmu kita lebih luas dari ilmu Allah.

Lihatlah keliling kita, segala yang cantik ditutup dan dibalut serta dipelihara. Laptop dan handphone ada sarungnya dll. Jika kita ke kedai dan ingin membeli barang, selepas membuat pilihan, barang mana yang menambat hati kebanyakan pembeli? Yang dibalut rapikah atau yang dipamerkan? Tentu kita sedar bahawa kita hanya akan membalut sesuatu yang berharga buat diri agar terpelihara. Oleh itu, Allah swt menyuruh wanita ‘membalut’ diri sebagai tanda kecintaan Allah kepada kita agar terpelihara dari kerosakan.

Jika jodohlah yang menjadi punca kerisauan sekiranya aurat ditutup dan ‘daya penarik’ disembunyikan, hakikatnya, bersyukurlah kita kerana sebenarnya Allah menutup jalan bagi lelaki-lelaki bermata keranjang daripada memilikimu. Beruntung bukan? =)

Sungguh, syurga itu mahal, maka korbanlah sedikit dari kesenangan kita demi syurga yang besar nikmatnya. Tentu sahaja lebih beruntung? Dan keberuntungan ini kekal buat selama-lamanya...

Wallahua’lam

Assalamualaikum

Setelah beberapa kali aku mencuba untuk membuat blog, akhirnya impian ini tercapai. Kekangan-kekangan sebelum ini alhamdulillah dapat diatasi. Hasil tulisan pertama telah lama tersimpan dalam laptop, menunggu masa untuk dipostkan. InsyaAllah, post-post yang bakal diterbitkan sangat-sangat mengalu-alukan sebarang kritikan membina buat insan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam 'bidang' penulisan. Sebarang kesilapan harap dapat diperbetulkan bagi menyahut salah satu seruan dalam suran al-asr untuk saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran. InsyaAllah.. ^_^