...Ayat-ayat Cinta...

" Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan"
~Al-Hajj: 77

Monday, July 5, 2010

Harga dirimu, terpeliharakah?

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam komuter seorang diri merupakan pengalaman yang sangat mengujakan. Karenah manusia yang pelbagai membuatkan diri ini tertarik untuk menjadi sang pemerhati yang setia. Saya merenung insan-insan yang berdiri juga yang duduk disekeliling sambil mengamati wajah mereka. Cantik! Senyuman terukir di bibir ini. Sungguh indah anugerah kurniaan Allah kepada insan bergelar wanita. Namun, sayangnya, kecantikan itu seringkali dipamerkan dengan cara yang salah (membuka aurat dll), lantas mengundang pelbagai bencana kepada masyarakat dan yang lebih membimbangkan adalah kemurkaan dari Allah swt!

Muhasabah diri kita. Lihatlah cara kita berpakaian. Adalah bersesuaian dengan garis panduan dalam islam atau kita tergolong dalam golongan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang? Nauzubillah..

Daripada abu hurairah r.a, bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan yang golongan yang kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul, fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak yang sangat perjalanan yang sangat jauh”
(riwayat muslim no. 3971)

Dalam riwayat imam malik, ada sambungan kepada hadis ini iaitu
“... bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan perjalanan”
(al-Muwatta1 no. 1421)

Ya Allah, kalau bau syurga tidak mungkin dapat dihidu, apatah lagi menjejakkan kaki ke dalam syurga Allah swt. Jauh sekali! nauzubillah

Menurut imam nawawi hadis ini ada beberapa makna ( berkenaan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ). Iaitu perempuan yang menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-muntaqa ( syarah al-Muwatta` karangan imam malik ) ditambah pengertian hadis tadi dengan memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk susuk badan.

Rasulullah saw juga menjelaskan bahawa wanita-wanita ini berjalan dengan lenggang lenggok sehingga terpesona mata-mata yang melihat. Hakikatnya, cara berjalan seperti ini adalah sama dengan gaya berjalannya seorang pelacur pada zaman jahiliyah dan tentu sahaja gaya berjalan seperti ini mengundang bencana kepada mata kaum adam yang melihat kecuali mereka yang mampu menundukkan nafsu mereka kepada Allah swt.

Sungguh benarlah sabda rasullullah saw yang bermaksud
“ aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki melainkan para wanita”
(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Lihat sahaja keliling kita, penzinaan berleluasa, sumbang makram, rogol dll semakin menjadi-jadi seolah-olah Allah telah membatalkan firmannya di dalam al-quran untuk menyeksa mereka yang berlaku zalim terhadap diri sendiri!!

Sedangkan Allah sudah berfirman dan firman Allah adalah benar.
“ hai orang-orang yang beriman , peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah swt terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
66:6

Bukan tujuan saya menulis bagi menyalahkan kaum wanita semata-mata atas gejala-gejala sosial yang telah berlaku.Tidak! saya sendiri kaum hawa, tetapi duduk dan berfikirlah sejenak, kaum wanita banyak menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial pada hari ini.

Sedarkah kaum wanita bahawa tindakan mereka membuka aurat yang kononnya bagi mengikut ‘trend’ semasa telah menyusahkan pelbagai pihak. Anak-anak kecil dirogol dan dibunuh, perceraian keluarga, penzinaan,pembunuhan bayi luar nikah dll adalah kerana salahnya kita (yang membuka aurat). Usah menafikan silap kita dalam hal menyumbang kepada masalah ini. Adakah kita sanggup menjawab pertanyaan Allah di mahsyar nanti? Tentu sahaja kita tidak akan terlepas melainkan kita bertaubat dengan taubat nasuha, yakni, dengan mentaati perintah Allah.
Mari kita mengkaji kembali antara perintah-perintah Allah di dalam quran yang bermaksud,

“ wahai nabi (s.a.w), katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ` hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka`. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.”
33:59
*Jilbab adalah pakaian panjang yang menutup seluruh badan, ertinya mengulurkan (melabuhkan) ke seluruh aurat wanita.

Jelaslah melalui firman Allah ini bahawa wanita yang memelihara diri insyaAllah akan terselamat dari gangguan orang-orang yang berpenyakit hatinya. Bukan sahaja begitu, pemeliharaan aurat juga memudahkan orang sekeliling membezakan antara yang kaca mahupun permata.

Firman Allah lagi
“ katakanlah kepada wanita yang beriman: `hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami..........................atau anak-anak yang belum mengenal erti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman”
24:30
(sila rujuk pada kalamullah untuk mendapatkan keseluruhan ayat)

Disini, Allah telah memberikan kita garis panduan agar dapat menutup aurat kecuali kepada golongan tertentu agar kita kekal terpelihara dari gangguan mereka yang ada penyakit di hatinya. Betapa cinta dan kasihnya Allah kepada kita, hamba yang hina ini.

Jika kita merasakan golongan diraja yang hidup dengan protokol adalah sebagai tanda `kemuliaan` mereka, apatah lagi jika kita hidup berdasarkan panduan-panduan yang diperintahkan allah, itulah tanda `kemuliaan` kaum wanita. Bezanya, perintah dan `protokol` yang allah berikan adalah mudah kerana semuanya bersesuaian dengan fitrah kita sebagai manusia. Bahkan, bukan sahaja memudahkan, malah ganjaran syurga sedang menanti bagi mereka yang Allah sayangi ( yakni orang yang juga mencintai Allah dan mentaati perintah Allah) banyaknya peraturan untuk kita adalah kerana cintanya Allah yang mengetahui segala-galanya daripada kita. Usahlah mengingkari perintah Allah dan menyindir firman Allah ejekan-ejekan seperti nampak kuno lah, panas lah, selekeh lah seolah-olah ilmu kita lebih luas dari ilmu Allah.

Lihatlah keliling kita, segala yang cantik ditutup dan dibalut serta dipelihara. Laptop dan handphone ada sarungnya dll. Jika kita ke kedai dan ingin membeli barang, selepas membuat pilihan, barang mana yang menambat hati kebanyakan pembeli? Yang dibalut rapikah atau yang dipamerkan? Tentu kita sedar bahawa kita hanya akan membalut sesuatu yang berharga buat diri agar terpelihara. Oleh itu, Allah swt menyuruh wanita ‘membalut’ diri sebagai tanda kecintaan Allah kepada kita agar terpelihara dari kerosakan.

Jika jodohlah yang menjadi punca kerisauan sekiranya aurat ditutup dan ‘daya penarik’ disembunyikan, hakikatnya, bersyukurlah kita kerana sebenarnya Allah menutup jalan bagi lelaki-lelaki bermata keranjang daripada memilikimu. Beruntung bukan? =)

Sungguh, syurga itu mahal, maka korbanlah sedikit dari kesenangan kita demi syurga yang besar nikmatnya. Tentu sahaja lebih beruntung? Dan keberuntungan ini kekal buat selama-lamanya...

Wallahua’lam

2 comments:

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

assalamualaikum...

my dear..i miss u a lot!! teruskan usaha!! semoga dikira Allah sebagai jihad kepada-Nya..

sayang kamu!!

ana ansarullah said...

sayang kamu juga!!!! =)