...Ayat-ayat Cinta...

" Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan"
~Al-Hajj: 77

Wednesday, July 14, 2010

Peristiwa Kapal Mavi Marmara- Secebis Penderitaan Umat Palestin

Masih ingatkah kita pada flotilla mission? atau kisahnya sudah ditenggelamkan dek kehangatan bola sepak dan kegilaan terhadap paul si sotong? ( kerana bola, cakap sotong pun nak percaya -_-" ) sungguh kasihan generasi muda pada hari ini, mensia-siakan waktu melihat perlawanan bola sepak yang langsung tidak memberi sebarang faedah, sedangkan masih banyak kerja perlu dilakukan bagi membela nasib saudara-saudara islam yang diseksa di serata dunia; selatan thailand, afghanistan, palestin dll..

************************************************************************
Lokasi: kapal mavi marmara
Waktu tempatan: 4.30 pagi

Kelihatan orang ramai berpusu pusu ingin menunaikan solat subuh. Belum puas mengadap Allah swt, suatu episode yang mendebarkan baru sahaja bermula. “ya Allah, selamatkanlah, kami diserang ya Allah. Bantulah kami” mungkin ini monolog dalaman para penumpang kapal.

Ingtkah lagi kita bahawa media israel telah melaporkan bahawa serangan ke atas kapal terpaksa diambil kerana mereka diserang terlebih dahulu dengan senjata?

Hakikatnya, barang-barang yang di bawa ke dalam kapal telah diperiksa oleh pihak ketiga dan telah dilihat oleh media antarabangsa sebelum mereka berangkat pergi. Ternyata, tiada sebarang senjata yang dibawa. . Adakah pensil2 tajam yang dijumpai di dalam kapal telah dianggap sebagai senjata, lantas Israel memulakan serangan??

Ternyata israel adalah pengecut! Bagaimana sebuah kapal yang hanya membawa barang-barang keperluan untuk masyarakat palestin telah diekori sebanyak 30 bot laju, 4 buah kapal perang besar, helikopter2, dan dua submarine milik israel!!

Sebaik sahaja tentera israel menjejakkan kaki ke atas kapal, beberapa orang terus dibunuh. Jelas sekali mereka telah dijadikan target sedari awal, bahkan, helaian2 kertas yang mengandungi senarai2 nama dan gambar2 mereka yang telah dijadikan target untuk dibunuh telah ditemui. Akibat serangan kejam tersebut, lebih 50@60 telah cedera, 9 meninggal dunia, 5 MASIH dalam keadaan kritikal dan seorang MASIH lagi koma

Beberapa orang telah didera sebelum dibunuh. Kepala mereka dibungkus dengan plastic hitam, badan ditendang2. 3 peluru tertanam di kepala, dan 4 peluru dilepaskan kearah perut. Malah, peluru telah dilepaskan dengan jarak 45cm. Kekejaman apa lagi yang lebih kejam pada abad ini selain kekejaman israel??

Beberapa orang masih ketika itu masih mampu diselamatkan akibat serangan, namun, lanun-lanun israael enggan memberi sebarang bantuan dan menghantar mereka yang cedera ke hospital atas dakwaan mereka berada dalam perairan antarabangsa! (sedar pun!)

Namun, atas desakan bertalu-talu, akhirnya beberapa orang telah dibawa ke hospital. Ternyata kata-kata Israel langsung tidak boleh dipakai! Seorang aktivis yang cedera ditembak di dada telah dibelah badannya dari atas sehingga ke bawah TANPA BIUS. Hakikatnya, aktivis tersebut langsung tidak dirawat. Apabila aktivis ini tiba di hospital lain, ternyata peluru masih tetanam di dalam dada! Seorang lagi aktivis yang telah tertanam tangannya dengan 12 serpihan peluru juga langsung tidak dirawat setelah tiba di hospital.

Ketika serangan, sesiapa pun tidak dibenarkan berkata-kata, atau senapang akan dihulurkan ke kepala. Selepas kain putih dikibarkan oleh seorang aktivis tanda menyerah kalah, lebih banyak serangan dilakukan. Ternyata, pihak israel tidak berpuas hati kerana mereka hanya berjaya membunuh 9 orang sahaja dengan kecanggihan senjata-senjata yang mereka miliki ( berdasarkan kata2 salah seorang pemimpin israel) ( berapa bnyk dia nak bunuh???)


Sepanjang kapal mavi marmara ditawan, aktivis2 telah diikat dan dihimpit secara beramai-ramai ke dalam satu ruang kapal yang sangat sesak dalam keadaan aircond ditutup. Lebih teruk lagi, kapal dipandu dengan sangat2 perlahan agar para aktivis terseksa dengan lebih lama. Mereka tidak diberi makan, tidak dibenarkan bercakap. Apapun tidak dibenarkan!

Menjelang ishak, barulah mereka tiba ke pelabuhan. Setiap bantuan kemanusiaan sebanyak 15 ribu tan barang keperluan telah dirampas. Bayangkan pula keadaan mereka yang kepenatan dan ketakutan. Di sana,rakyat2 haram israel menjerit-jerit menyokong tindakan tentera2 mereka. Sedikit makanan dan minuman pun tidak diberikan. Subuh keesokannya, barulah para aktivis dibawa ke penjara. Setelah semuanya kelihatan terlalu penat, barulah makanan diberikan.

Seperti biasa, israel tidak mungkin bersikap baik jika tidak mempunyai niat tersembunyi. Ternyata makanan yang diberi mengandungi racun arsenic. ( terbukti melalui darah salah seorang aktivis Indonesia yang di check )

Mereka juga telah dipaksa menandatangani dokumen berbahasa hemru (supaya xde org paham) . rupa2nya surat tersebut memaksa para aktivis mengakui bahawa mereka memasuki palestin secara haram.

Penyeksaan ini hanyalah secebis daripada penyeksaan sebenar ke atas umat islam di palestin. Bayangkan sahaja umat islam disana, tentu sahaj diseksa dgn jauh lebih teruk kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Berbeza dengan para aktivis yg dtg dari pelbagai Negara dan dilindungi oleh kerajaan masing2.

Setiap hari mereka dibedil, dibunuh, dirogol, diseksa dll. Adakah kita hanya ingin diam membisu dan hanya menadah tangan berdoa? Bangunlah, sedarlah, kemampuan kita lebih dari sekadar itu. Boikotlah barang2an mereka. Mungkin ada yg berkata, ‘alah, xkan nak boikot semua, bankrupt la Negara’ ‘lah, sikit je aku amik’ ‘susahla aku nak berhenti merokok’ ‘dah lama xmakan Mc Donald’ ‘sian budak ni, kempunan nak minum milo’

Jika ini dialog2 kita, malulah dengan diri sendiri. Lebih malu lagi dengan Allah. Menahan selera makan dan nafsu kita langsung tidak akn memudaratkan diri, bahkan, jika dilakukan kerana Allah, ganjaran yang sangt besar menanti. Sanggupkan kita menelan setiap tegok milo (contoh) dengan membayangkan saudara kita dibunuh kerana kehendak selera kita??

Menurut yusuf qardhawi ;
Setiap riyal yang disumbangkan kepada Israel pasti dijadikan peluru-peluru untuk membunuh nyawa2 umat islam yang tidak berdosa.

Lupakah kita bahawa pada hari pembalasan, Allah bakal menyoal, ‘ duit kita, ke manakah kita menggunakannya?’,' masa muda kita, ke mana kita habiskan?' tepuk dada, tanya iman.

Umat islam hanya akn selamat jika semuanya kembali kepada islam. Semua umat islam bersatu, lupakan perbezaan politik, warna kulit, bangsa, budaya, dan pertelagahan sesama sendiri kerana harta dan sebagainya. Kita mesti bersatu atas dasar akidah. Jika kepentingan dunia yang diutamakan, ingtlah, xde satu pun yg boleh menemani kita ke dalam kubur melainkan amal.

Rugilah bagi orang-orang yang tersedar hanya setelah nyawa diambil, kerana ketika itu, tiada yg boleh dilakukan lagi.

“ barangsiapa yang tidak mengambil berat akan urusan umat islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka”
Mafhum hadis rasulullah saw.

Bayangkan ketika di padang mahsyar, di saat segalanya huru hara dan kita mencari-cari rasulullah berabad2 abad lamanya bagi mendapatkan syafaat baginda, tiba2 baginda bersabda, engkau tidak layak mendapat syafaatku kerana engkau bukanlah dari golongan umatku. Semasa hayatmu, engkau tidak mempedulikan mereka, dan engkau bukanlah sebahagian dari mereka.(Ini hanya bayangan penulis, wallahua’alam.)

Tetapi, sanggupkah kita mengambil risiko utnuk tidak diterima baginda rasulullah saw? Renung2kanlah. Sudah bersediakah kita untuk hari itu…

*Secebis kisah yang ingin dikongsi bersama selepas pergi ke sebuah ceramah agama yang disampaikan oleh salah seorang aktivis yang menyaksikan peristiwa tersebut. Wallahua’alam.

Monday, July 5, 2010

Harga dirimu, terpeliharakah?

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam komuter seorang diri merupakan pengalaman yang sangat mengujakan. Karenah manusia yang pelbagai membuatkan diri ini tertarik untuk menjadi sang pemerhati yang setia. Saya merenung insan-insan yang berdiri juga yang duduk disekeliling sambil mengamati wajah mereka. Cantik! Senyuman terukir di bibir ini. Sungguh indah anugerah kurniaan Allah kepada insan bergelar wanita. Namun, sayangnya, kecantikan itu seringkali dipamerkan dengan cara yang salah (membuka aurat dll), lantas mengundang pelbagai bencana kepada masyarakat dan yang lebih membimbangkan adalah kemurkaan dari Allah swt!

Muhasabah diri kita. Lihatlah cara kita berpakaian. Adalah bersesuaian dengan garis panduan dalam islam atau kita tergolong dalam golongan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang? Nauzubillah..

Daripada abu hurairah r.a, bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan yang golongan yang kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul, fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak yang sangat perjalanan yang sangat jauh”
(riwayat muslim no. 3971)

Dalam riwayat imam malik, ada sambungan kepada hadis ini iaitu
“... bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan perjalanan”
(al-Muwatta1 no. 1421)

Ya Allah, kalau bau syurga tidak mungkin dapat dihidu, apatah lagi menjejakkan kaki ke dalam syurga Allah swt. Jauh sekali! nauzubillah

Menurut imam nawawi hadis ini ada beberapa makna ( berkenaan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ). Iaitu perempuan yang menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-muntaqa ( syarah al-Muwatta` karangan imam malik ) ditambah pengertian hadis tadi dengan memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk susuk badan.

Rasulullah saw juga menjelaskan bahawa wanita-wanita ini berjalan dengan lenggang lenggok sehingga terpesona mata-mata yang melihat. Hakikatnya, cara berjalan seperti ini adalah sama dengan gaya berjalannya seorang pelacur pada zaman jahiliyah dan tentu sahaja gaya berjalan seperti ini mengundang bencana kepada mata kaum adam yang melihat kecuali mereka yang mampu menundukkan nafsu mereka kepada Allah swt.

Sungguh benarlah sabda rasullullah saw yang bermaksud
“ aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki melainkan para wanita”
(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Lihat sahaja keliling kita, penzinaan berleluasa, sumbang makram, rogol dll semakin menjadi-jadi seolah-olah Allah telah membatalkan firmannya di dalam al-quran untuk menyeksa mereka yang berlaku zalim terhadap diri sendiri!!

Sedangkan Allah sudah berfirman dan firman Allah adalah benar.
“ hai orang-orang yang beriman , peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah swt terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
66:6

Bukan tujuan saya menulis bagi menyalahkan kaum wanita semata-mata atas gejala-gejala sosial yang telah berlaku.Tidak! saya sendiri kaum hawa, tetapi duduk dan berfikirlah sejenak, kaum wanita banyak menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial pada hari ini.

Sedarkah kaum wanita bahawa tindakan mereka membuka aurat yang kononnya bagi mengikut ‘trend’ semasa telah menyusahkan pelbagai pihak. Anak-anak kecil dirogol dan dibunuh, perceraian keluarga, penzinaan,pembunuhan bayi luar nikah dll adalah kerana salahnya kita (yang membuka aurat). Usah menafikan silap kita dalam hal menyumbang kepada masalah ini. Adakah kita sanggup menjawab pertanyaan Allah di mahsyar nanti? Tentu sahaja kita tidak akan terlepas melainkan kita bertaubat dengan taubat nasuha, yakni, dengan mentaati perintah Allah.
Mari kita mengkaji kembali antara perintah-perintah Allah di dalam quran yang bermaksud,

“ wahai nabi (s.a.w), katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ` hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka`. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.”
33:59
*Jilbab adalah pakaian panjang yang menutup seluruh badan, ertinya mengulurkan (melabuhkan) ke seluruh aurat wanita.

Jelaslah melalui firman Allah ini bahawa wanita yang memelihara diri insyaAllah akan terselamat dari gangguan orang-orang yang berpenyakit hatinya. Bukan sahaja begitu, pemeliharaan aurat juga memudahkan orang sekeliling membezakan antara yang kaca mahupun permata.

Firman Allah lagi
“ katakanlah kepada wanita yang beriman: `hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami..........................atau anak-anak yang belum mengenal erti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman”
24:30
(sila rujuk pada kalamullah untuk mendapatkan keseluruhan ayat)

Disini, Allah telah memberikan kita garis panduan agar dapat menutup aurat kecuali kepada golongan tertentu agar kita kekal terpelihara dari gangguan mereka yang ada penyakit di hatinya. Betapa cinta dan kasihnya Allah kepada kita, hamba yang hina ini.

Jika kita merasakan golongan diraja yang hidup dengan protokol adalah sebagai tanda `kemuliaan` mereka, apatah lagi jika kita hidup berdasarkan panduan-panduan yang diperintahkan allah, itulah tanda `kemuliaan` kaum wanita. Bezanya, perintah dan `protokol` yang allah berikan adalah mudah kerana semuanya bersesuaian dengan fitrah kita sebagai manusia. Bahkan, bukan sahaja memudahkan, malah ganjaran syurga sedang menanti bagi mereka yang Allah sayangi ( yakni orang yang juga mencintai Allah dan mentaati perintah Allah) banyaknya peraturan untuk kita adalah kerana cintanya Allah yang mengetahui segala-galanya daripada kita. Usahlah mengingkari perintah Allah dan menyindir firman Allah ejekan-ejekan seperti nampak kuno lah, panas lah, selekeh lah seolah-olah ilmu kita lebih luas dari ilmu Allah.

Lihatlah keliling kita, segala yang cantik ditutup dan dibalut serta dipelihara. Laptop dan handphone ada sarungnya dll. Jika kita ke kedai dan ingin membeli barang, selepas membuat pilihan, barang mana yang menambat hati kebanyakan pembeli? Yang dibalut rapikah atau yang dipamerkan? Tentu kita sedar bahawa kita hanya akan membalut sesuatu yang berharga buat diri agar terpelihara. Oleh itu, Allah swt menyuruh wanita ‘membalut’ diri sebagai tanda kecintaan Allah kepada kita agar terpelihara dari kerosakan.

Jika jodohlah yang menjadi punca kerisauan sekiranya aurat ditutup dan ‘daya penarik’ disembunyikan, hakikatnya, bersyukurlah kita kerana sebenarnya Allah menutup jalan bagi lelaki-lelaki bermata keranjang daripada memilikimu. Beruntung bukan? =)

Sungguh, syurga itu mahal, maka korbanlah sedikit dari kesenangan kita demi syurga yang besar nikmatnya. Tentu sahaja lebih beruntung? Dan keberuntungan ini kekal buat selama-lamanya...

Wallahua’lam

Assalamualaikum

Setelah beberapa kali aku mencuba untuk membuat blog, akhirnya impian ini tercapai. Kekangan-kekangan sebelum ini alhamdulillah dapat diatasi. Hasil tulisan pertama telah lama tersimpan dalam laptop, menunggu masa untuk dipostkan. InsyaAllah, post-post yang bakal diterbitkan sangat-sangat mengalu-alukan sebarang kritikan membina buat insan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam 'bidang' penulisan. Sebarang kesilapan harap dapat diperbetulkan bagi menyahut salah satu seruan dalam suran al-asr untuk saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran. InsyaAllah.. ^_^